20.8.17

Day 01 - Operasi Ganyang Lemak

Tomorrow is a new day,  a new dreamConquer your  nauzubillah appetite!”
(sambil tangan pantas memilih kombinasi terbaik pizza-pizza dominos)

Orang kata, bila kita dah matang, kita pandai menyusun prioriti hidup, jelaslah, dalam diri rizal yaakub, penghayatan tentang kepentingan kesihatan tu semakin pudar.  

Dulu pasca kejatuhan gymnasium True Fitness, sebelum terma “class action” belum lagi dilontar secara rawak pada setiap posting, memang penuh kegigihan, seminggu dipastikan setiap hari mencatat jarak larian minima 5 kilometer, dan ditambah dengan larian 12 kilometer hujung minggu. Belum diselan selikan dengan dayungan ala Michael Phelps lebar di pusat akuatik.

Sekarang.  Sampai di medan kerja, norma manusia mulakan dengan “bismillah”, kita mulakan dengan 3 keping putu mayam putih bersih, ditabur penuh dengan butir-butir halus kelapa parut, diserikan dengan gula perang. Terangkat brother!  Lunch hour? Diet? Apa itu? Sepinggan nasi putih bersama butterfish. Tragedi diteruskan sewaktu minum petang, dan makan malam.

Natijah dia? Badan semakin berat, pipi semakin tebal. Oleh yng demikian, motivasi penulisan hari ini adalah untuk ingatkan diri bahawa, separuh almari baju tak mampu disarung lagi.

Janji. Esok hari,  kunci diri. Makan hati.


Serious kali ini.

No comments: