October 24, 2016

Mukadimah

Akhirnya. Pelan tertunda sejak bulan 6. Lahir sebagai individu yang mempunyai tahap memori yang kurang optimum, bila buat perancangan, congak dan atur dalam otak, lepas dua jam lupa. Oleh yang demikian, I told myself,

Dear ry, you are getting older, you forgot to zip your pants today, perhaps it’s a good time to start jot down your progress somewhere.

Demi mencapai aspirasi, I specially bought this book, mustard in color, atau dalam bahasa melayu, buku nota berwarna kuning kunyit. Lantang, ceria, tak mungkin ia hilang di dunia, melainkan, di sorokkan dibalik lambakan kunyit serbuk, mungkin … mungkin hilang di mata.

Mula buat perancangan. Bila terdetik idea baru, inspirasi baru, cepat-cepat saya conteng, saya lukis, saya rancang. Biar orang kata gila, di bangku Mahkamah, sementara menunggu Yang Arif bersidang, saya lakar,

Ini pelan hidup saya, saya buka sebuah café, Gaya vintaj moden pilihan saya. poin fokus, dinding hitam legap, berconteng "nama kedai saya". Sangat spesifik, typeface, georgia, saiz 20 inci panjang. Tolak lakonan sempurna, Saya mahu bersahaja.

Pinggan porselin cina rona biru pilihan saya. Hari ini, lempeng pisang, disiram nutella ganache. Wangi, bila serpihan sos hazelnut bertemu lempeng gebu.  Saya susun elok antara kamu dan saya.  Saya capai sepasang mug putih dari rak gantung di belakang saya, satu mug untuk saya, satu untuk kamu.

Bertemankan Akustik Ane Brun, bergema bisikan "I can see your Halo", Saya tuangkan kopi kegemaran kamu. Kopi bru.  Sedikit tersasar, corak rawak atas kemeja. Tidak mengapa, ini hari pertama. Moga berjaga.

Alangkah sempurna.

No comments: