November 8, 2017

love


November 7, 2017

Cerpen Bodoh : Romantis seminit dua

Alunan lembut jazz nusantara menemani dua manusia menyelusuri lebuhraya. Buat Manusia Pertama, hati sedikit gementar, tak tahu mengapa. Bertahun belajar, rancangannya? sempurnakan semua. Empat sudah sempurna, satu kini bermula.

Manusia kedua masih ralit merenung luar jendela, ditenung sorotan lembut lampu jingga bagaikan artifak Monalisa. Manusia satu masih sibuk menganalisa, enam bersama, yang mana gila, yang mana bahaya.

Sesekali deru angin menghempas muka, konkoksi asap kereta dan aroma jalan raya. “Cannot lah”, bisik Manusia Pertama, seraya ditutupnya jendela. Aroma keras kian hambar, bait-bait karbon monoksida, kini bertukar, selembut Aqva.

“Bvlgari Aqva?”

Mata masih diluar, angguk kedua. Benar jawapannya.

Di kiri Empire, di hadapan Batu Tiga. Tombol Gear mula tugasnya, dari lima, turun ke tiga, membawa ke dua. Gelongsor kereta, gelongsor! Sambil tangan di paha, tiba-tiba haba tangan mengenggam mesra.

“Shit, ini apa?” bisik Manusia Pertama.

Manusia Kedua di posisi yang sama, cuma kali ini, mata bertentang mata. Berdebar Manusia Pertama, sudahlah hati memang suka.

Sayangnya gembira tak lama. Sorot lori Gardenia mula menerpa, genggaman dilepas, pulang ke asal semula.

Dari dua manusia, ke satu jiwa, kembali dua manusia.

Romantis seminit dua.

November 6, 2017

Tanah Maksiat

Cukuplah.

1. Bila Pulau Pinang di landa musibah, hadirlah pahlawan atas talian seagama dan sebangsa saya, katanya “tuhan berikan kecelakaan sebab Pulau Pinang benarkan maksiat berleluasa”

2. Saya malu, sebab segelintir bangsa saya gagal untuk memahami bahawa kecelakaan berada di mana-mana, biar apa penyebab, biar apa mencetus, kepentingan dan keselamatan manusia jadi taruhan, buang dogma dan prejudis, bantulah seadanya. Kata kita sebangsa, Malaysia.

3. Saya malu bagaimana semua perkara dikaitkan dengan maksiat. Apakah logiknya? Kecelakaan di Kota Suci Mekah sekitar tahun 2015 disebabkan tiupan angin kuat, kren gergasi menyembah bumi, 111 nyawa terkorban. Berdosakah Kota Mekah sehingga terduga begitu?

4. Saya malu, kerana, apabila berlakunya kecelakaan di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah tempoh hari, sahabat hindu saya, rakan buddha saya, sahabat kristian saya tidak mengagamakan kecelakaan tersebut, disantuni dengan ucapan takziah, dibalutkan dengan kata semangat.

5. Ini bukan pentas bernas untuk curahan idea cetek tuan. Kami rakyat Malaysia turut belasungkawa dengan musibah di sana. Semoga semua kuat hadapi kesukaran. Kami bantu yang mana mampu, kami titipkan doa, semoga bah beransur segera.

November 2, 2017

Kata Tamadun

Kata bertamadun tapi,
1. Kacau ganggu secara fizikal dan mental krew kabin. Enggan faham bahawa tugas crew cabin bukan sebagai pelayan kelab agogo tetapi sebagai pakar keselamatan penerbangan.

2. Enggan memahami bahawa "boarding time" adalah mengikut spesifikasi tiket penerbangan dan bukan ikut perasaan dan hati. Kelewatan akan menyebabkan kerugian dosa dek nista penumpang lain dan kewangan.

3.Gagal untuk mempunyai kesedaran sosial dan sivik bahawa tempoh penerbangan bukanlah waktu untuk membuat diskusi awam dengan kekuatan desibel tinggi mengenai topik mengapa tali baju dalam krew kabin kelihatan.

4.Gagal untuk memakai deodoran.

October 25, 2017

B-O-D-O-H

Kita gah canangkan kita berketamadunan tertinggi, kita bijak, kita pandai serba serbi, tapi kita bodoh
,
1. Kita (lelaki) labelkan wanita submisif, kita objekan mereka, kita ukir dalam otak kita, mereka tidak sebijak kita, destinasi akhirnya di antara periuk belanga.

2. Kita (wanita) kita ikutkan sahaja, kita dagangkan nyawa, kerjaya, akaun kita demi jejaka. Katanya forever together, malangnya, cinta sepi lepas seketika;

3. Kita dambakan simpati, kita canangkan segala di media sosial, kita bentuk, kita uli cerita kita, biar nampak sempurna. Bersepah simpati disimbah, “just do it” katanya. Berpaksikan arahan sang asing, kita pantas menerpa.

4.Kita terpa, kita sesat, kita jatuh, kita cari sang simpati, semuanya tiada, secebis “Oh kasihan” balasnya. Kita akhirnya sendiri, alam maya tak pimpin, alam maya tak bantu, yang ada keluarga, yang kita lupa dan cerca.

5.Kita bodoh, kita bogelkan segala, kita biar orang hakimkan kita. Kita kata kita bersama 1000 tentera maya, malangnya mereka seperti kita, tidak sempurna.

Wahai manusia, simpan kebodohanmu.